Ketenangan Jiwa1



35
tahun dahulu aku dilahirkan di sebuah perkampungan nelayan yang diberi nama SEDILI
biar daif atau kekurangan yang ada pada masa itu, namun aku tetap berbangga dengan kehidupan zaman kanak2 ku itu, terbayang desiran ombak, bunyian bot-bot yang mahu turun mencari rezeki seawal jam 5.00 pagi, namun hakikatnya aku tidak pernah jemu mengingatinya walaupun aku sekarang jauh nun di kota yang penuh kesibukkan warga kota yang mencari rezeki, namun kenangan manis ini tidak akan ku lupakan sekalipun. Ayah...aku merindui...arlmarhum ayah ku...semasa..kanak aku selalu menunggu kepulangan ayah ku berhenti di jeti untuk mengambil habuan ikan-ikan segar untuk dimasak oleh ibuku..ikan-ikan segar ayahku itu sememangnya tidak sama yang dapat dirasai ikan-ikan dibandar kini, terima kasih ayah kerana membesarkan aku....jasa dan pergorbanan mu akan ku balas jua walaupun tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Sedili yang indah permai, kaya dengan keunikkan resam hidup berbagai keturunan, mana tidaknya ada yang dari Terengganu, Kelantan,Kedah dan Pahang mereka hidup berhijrah dari asal lagi perkampungan ini dibuka, pagi2 aku akan bersarapan nasi dagang, lasam ,nasi lemak dan berbagai kuih muih lagi.. Ayah ku berasal dari Penang dan berhigrah ke Pahang sebelum menetap di Johor..ibuku pula berasal dari Terengganu dan menetak di mersing sebelum berhigrah ke Sedili. Bergitulah kehidupan orang tua-tua dahulu agaknya...Sedili di ini pun ada 2 nama yg satu dipanggil Sedili Kecil dan satu lagi Sedili Besar.. entahlah macam nama dapat nama aku pun kurang pasti,harap2 adalah pengkaji sejarah yang membuat pengelidikan..aku dilahirkan di Kampung Tanjung Sedili Besar sehingga lah aku berumur 18 tahun..selepas itu aku pun merantau belajar..
Apa yang aku hendakku cerita kan ini cumalah kenangan aku sahaja semasa kanak di kampung ini dimana zaman itu belum pun ada paip air dan eletrik pakai generator macam sebesar rumah yang terdapat dikampung tengah .bunyi..boleh tahanlahh..apa boleh buat..air pula kenalah ambil dari kampung bukit pakai sandar guna tin biskut yg empat segi tuu setiap ari untuk minum..mandi tu buat lah perigi sendir kat rumah...korek sendiri beb...waktu malam gelap takut masa tuu nak membuang air besar..jangan kata kenalah ajak ramai..macam pestalahh..
dikampung masa itu nak menonton TV jangan haraplahh..tapi nasib baik masa itu ayah ku antara yang mula membeli tv so..oklahh...yg kelakarnya ramai pulak jiran2 tumpang menonton jadi macam panggong wayang lak...boleh buat duit tuu....acah aje..
Pada setiap bulan November dari dahulu lagi kampung aku niee ada pesta...acaranya bot laju,,,
acara memancing, bot berhias,ghazal, Kugiran (yg dahulunya joget lampak) dan dahulunya ada upacara buang ancak...macam pemujaan sikit...entahlahh tak pasti..tapi sekarang Allamdullilah
acara ancak dan jogek lambak tuu lama2 dah pupus.. mengikut perkembangan agama islam yang
semakim kuat di negara Malaysia kini.
Aku semasa zaman kanak seronok bermain semua permainan tradisional seperti gasing,wau main tin getah lastik burung macam2lahh dari kampung tanjung hingga kampung nelayan aku jalan sejauh 2 batu untuk bermain...tak pulak hilang macam sekarang niee..bahaya .Cuti sekolah aku join kawan memancing , memasang gawai dan memasang jaring untuk mendapat ikan dan untuk sayuran pula banyak boleh didapati , ulam raja , pucuk paku , pucuk buas dan lain-lain lagi boleh dicari atau ditanam sendiri.....itu lahh keistimewaan kampungku..yang kucintai..semula ada...kampung yang permai nan indah , desiran ombak menyenangkan jiwa, matahari terbenam kebesaran ilahi, semua penduduk bermuafakat kejiranan dijagai.....I LOVE U ALL penduduk Sedili Besar....

Download All links automatically